Online Banking dan Search Engine optimization (SEO)

16 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 15 September 2018, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas Online Banking dan Search Engine optimization (SEO) di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Tujuan kelas ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama Sharifah Nur Atiqah selaku usahawan PI PPR Seduan dalam menjual sesuatu produk, yang lengkap dengan sistem pengurusan tempahan dan pembayaran online. Semasa kelas berlangsung, Sharifah juga berpeluang belajar teknik copywriting.

Teknik copywriting merupakan kemahiran yang paling penting untuk beliau menarik hati pelanggan dalam mempromosikan perniagaan beliau sendiri.
Kelas ini bermula pukul 1.00 tengah hari sehingga pukul 5 petang merangkumi aktiviti seperti penerangan menggunakan online banking dan teknik yang betul dalam mempertengahkan perniagaan beliau mengikut peredaran semasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali